Resepi Spaghetti Bolognese Pedas sangatlah mudah dibuat. Tak sampai 30 minit boleh siap terhidang di atas meja.

Apa yang penting, spaghetti, daging cincang dan tomato puree sudah dibeli siap-siap

Bahan-bahan

Cara-cara Memasak

  1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam. Toskan dan biarkan sejuk.
  2. Masukkan minyak zaitun dan goreng separuh daging cincang sehingga keemasan.
  3. Masukkan bawang Holland, bawang putih, lobak merah, batang saderi dan kacau sehingga sayur lembut.
  4. Masukkan pula daun rosemary, cili Thai merah, tomato puree dan separuh lagi daging cincang. Biarkan sebentar.
  5. Setelah mendidih, perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
  6. Tuangkan sos Bolognese ke atas pasta dan hiaskan dengan daun parsley.
  7. Selesai. Resepi Spaghetti Bolognese Pedas siap!